Monday, May 25, 2009

PEKA Dengan Rasminya Telah Berdaftar & Lulus


Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam proses penerimaan, semakan, kelulusan dan lain-lain.

Terima kasih tak terhingga kepada Y.B Dato Razali kerana turut membantu Pertubuhan Belia Kota Raja (PEKA).

Tidak lupa kepada Tuan Faizul selaku Setiausaha Sulit Kepada Y.B Dato Razali.

Ahli Jawatankuasa Kerja & ahli-ahli PEKA akan melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin dan membantu KBS selagi terdaya.

Terima Kasih Daun Keladi.

Tarikh Kelulusan : 13 MAC 2009

No Sijil Kelulusan : PPBM 2626/09

Thursday, April 16, 2009

Pertukaran Nama Pertubuhan Belia

Salam,

Berkuatkuasa 15 April 2009, Pertubuhan KEMAJUAN Belia Kota Raja telah ditukar nama kepada Pertubuhan Belia Kota Raja (PEKA).

Harap Maklum.


محمد غزالي بن اسماعيل
تيمبالن ڤڠروسي
ڤرتوبوهن بليا كوتا راج

Wednesday, April 15, 2009

Mesyuarat Penaja Pertubuhan Kemajuan Belia Kota Raja (KEMAJUAN)

Pada 12 Disember 2008 jam 9.00 malam, bertempat di Lot 2779, Batu 6, Bukit Naga, telah berlangsung satu mesyuarat penaja bagi menubuhkan satu Pertubuhan Kemajuan Belia Kota Raja.

Seramai 13 orang telah hadir dan dilantik selaku Jawatankuasa Penaja pertubuhan ini.Muhamad Shukri bin Saharuddin telah dipersetujui oleh hadirin bagi menjawat jawatan Pengerusi Penaja.

KEMAJUAN akan didaftarkan di Kementerian Belia & Sukan Malaysia dalam waktu terdekat sebelum tahun baru (2009).

Kemudahan Yang Ditawarkan Di Kompleks Rakan Muda Klang